Monday, 12 October 2015

safwan thalha bin khairudin 23dkm14f2014
noor muhammad syukri bin mohammad yusoff 23dkm14f2011
rudi aktar ali bin hussain 23dkm14f2009

Friday, 2 October 2015

ANTARA VIDEO YANG MENERANGKAN TENTANG PENGKLONAN MANUSIA

PENGENALAN PENGKLONAN

DEFINISI PENGKLONAN
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Penghasilan haiwan yang sama dari segi genetik akibat “pembahagian embrio”. Keadan ini berlaku secara semulajadi pada tahap dua sel untuk menghasilkan kembar seiras. Penciptaan satu atau lebih haiwan yang sama dari segi genetik dengan memindahkan nukleusnya. Proses ini juga dikenali sebagai Pemindahan Nuklear (Nuclear Transfer) ataupun penggantian sel nuklear sepertimana Dolly dihasilkan.
Secara ringkasnya, pengklonan boleh dieertikan sebagai Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.


LATAR BELAKANG

              Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa spesis yang julung-julung kali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahub 1963, seorang embriologi Cina yang bernama Thong Dizhou, telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah diterbitkan dalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.

            Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri, bernama “Dolly” telah Berjaya diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh, Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan disahkan mati kerana menghidapi penyakit peparu. Akibatnya, ini mengakibatkan berlaki kontroversi bahawa klon-klon spesis tidak hidup lama. Ahli sains Roslin membela bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu yang biasa dijangkiti oleh bebiri, terutamanya bebiri yang dipelihara di dalam bagunan. Memamg tidak dapat disangkakan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi dengan sekuriti yang ketat. Ini menyebabkan Dolly dijangkiti penyakit tersebut lalu mati. Pada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai spesis Berjaya diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet.

            Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telah dilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di Amerika Syarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapat anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas wanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul.

            Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis aliens ini ( saintis terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens), kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalam kelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang bayi yang tidak mengikut hokum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dn perempuan, persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya melalui mana-mana sel badan manusia untuk menghasilkan penduaan.


OBJEKTIF KAJIAN


1.    HUKUM PENGLONAN MENURUT ISLAM

2.    FATWA TENTANG HUKUM PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARA

3. PENGKLONAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

4. PENGKLONAN MANUSIA , HAIWAN DAN TUMBUHAN MENURUT PANDANGAN ISLAM




HURAIAN

1. HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM
  1.1        HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM

Panel Kajian Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002 telah memutuskan bahawa:

1.    Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

              i.        Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah SWT di dalam ayat 70, surah Al-Isra', yang bermaksud  dan ayat 12-14, surah Mu'minun, juga ayat 4, surah At-Tin.
             ii.        Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Akibatnya, akan terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang. Hal ini bukan sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan menimbulkan komplikasi, jika si ‘ayah' atau si ‘ibu' tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap hak tersebut. Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah, harta pesaka dan sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.
            iii.        Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.
           iv.        Kaedah ini juga akan memusnahkan institusi keluarga, dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di dalam ayat 30, surah Ar-Rum.



2.    Kaedah ini juga tidak seharusnya dibenarkan kepada pasangan suami isteri kerana dari segi saintifik, status anak yang dilahirkan sebenarnya bukanlah ‘anak' kepada pemberi nucleus tersebut. Sebaliknya anak klon yang dihasilkan adalah ‘kembar seirasnya' yang dilahirkan pada waktu yang terlewat oleh orang yang berbeza. Hal ini akan menimbulkan implikasi terhadap status anak dari sudut syarak, seperti perwalian, nafkah, harta pusaka, penentuan aurat dan sebagainya.

3.    Perbuatan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian : Kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat bahawa janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para Fuqaha' yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.

4.    Pengklonan manusia untuk diambil sum-sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan hukumnya haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya.
.
5.    Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak hukumnya adalah harus.

Muzakarah yang diadakan pada 11 Mac 2002 telah mengambil perhatian tentang pandangan Panel Kajian Syariah seperti yang tersebut di atas, dan telah membuat keputusan seperti berikut:
1.    Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.

2.    Penggunaan ‘stem cell' bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syara’.
     
      
         1.1        FATWA TENTANG HUKUM PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARA

2.1.1      SUDUT AQIDAH
1.    Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;
“Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya)”.

2.    Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada pertaturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
'’Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
3.    Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan menimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya.





2.1.2 SUDUT SYARIAT
1.    Manusia tidak harus dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan k eats binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya.

2.    Pengklonan manusia akan mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan.


3.    Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam.

4.    Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan menindas hak seseorang anak untuk memdapatkan kasih saying seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia.


5.    Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.
6.    Dari segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya.

7.    Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.


8.    Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabata yang sebenarnya tidak berhak mendapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka.
     
  1.1        PENGKLONAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Secara dasarnya, Islam menggalakkan kajian di dalam bidang sains dan teknologi serta menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan penelitian ilmiah, bahkan menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam mengetahui dan mendalaminya. Sejak zaman Rasulullah S.A.W. Islam menyuruh umatnya meneroka alam bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada umat manusia. Walau bagaimanapun, jika kajian yang dilakukan dan produk yang dihasilkan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam, ia dilarang dan diharamkan oleh Islam.


3.1.1 KLON YANG DIHALALKAN

Tidak semua klon diharamkan, namun begitu klon yang dibolehkan mestilah mempunyai syarat-syarat berikut;

1.    Klon janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari. Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut masih belum ditiupkan roh.

2.    Klon untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak, klon jenis ini juga diharuskan dalam Islam.

3.    Pengklonan dibenarkan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan klon yang dilakukan terhadap haiwan juga diharuskan berdasarkan syarat-syarat berikut:
                  i.        Penciptaan tersebut sangat penting kepada kehidupan manusia, bukan hanya kepada sesetengah individu.
                 ii.        Tidak menimbulkan kerosakan atau bahaya yang lebih besar daripada manfaat yang diperolehi.
                iii.        Tidak mendatangkan kesakitan atau membahayakan binatang itu sendiri, sekalipun untuk jangka masa panjang. Tindakan menyakiti makhluk di kalangan haiwan, hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

4. PENGKLONAN MANUSIA , HAIWAN DAN TUMBUHAN
1.1.1      PENGKLONAN MANUSIA
Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas. Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal

4. PENGKLONAN MANUSIA , HAIWAN DAN TUMBUHAN
1.1.1      PENGKLONAN MANUSIA




Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas. Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.

Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal.


1.1.1       PENGKLONAN HAIWAN

Pengklonan Mitosis
Pengklonan adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Setakat ini, haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi gelaran "dolly".

1. Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah diambil daripada telinga haiwan tersebut. Anda pasti pernah terlihat lembu yang ditindik telinganya. Hal ini adalah untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.

 2. Sel somatik ini dimasukkan ke dalam telur sel daripada haiwan lain pula melalui "electric shock". Kemudian sel ini dimasukkan ke dalam rahim penyumbang sel telur tadi, dan haiwan yang diklon akan dilahirkan.



Beginilah cara bagaimana haiwan itu diklonkan.

Dan sesungguhnya, hal ini telah disebutkan dalam al-Quran, dan dibuktikan dengan kemajuan sains. Maha Suci Allah, Dia telah menunjukkan KebesaranNya kepada kita, namun mampukah kita lari daripada kebenaran setelah datang kepada kita kebenaran, malahan dengan bukti yang kukuh lagi.


1.1.1          PENGKLONAN TUMBUHAN

1.    Pengklonan tumbuhan dilakukan menggunakan kaedah kultur tisu. Kultur tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam nutrien buatan.Tisu tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan kemudiannya dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. ia juga disebut sebagai micropropagation.



Kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplant, seperti daun, batang atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran. 


Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun tabung uji. Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bunga dan daunnya. Misalnya induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku. 

Pengklonan bagi haiwan lebih mendatang keburukan berbanding kebaikan, namun pengklonan tumbuhan lebih mendatangkan manfaat kepada manusia





 Banyak kelebihan tanaman melalui kaedah tisu kultur antaranya;
                       i.        Penghasilan bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah yang besar.
                      ii.        Spesies tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa. 
                     iii.        Sesuai untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.
                    iv.        Bahan tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara.

1.1        ADAKAH PENGKLONAN MENENTANG TUHAN ?


Dari pandangan agama islam,islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab.Firman allah bermaksud ”Dan dialah tuhan yang menciptakan manusia daripada air,lalu dijadikannya(mempunyai)titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya tuhanmu berkuasa(menciptakan apa juga yang dikehendakinya)”.(surah fussilat,ayat 54).Dalam ayat tersebut,jelaslah diberitahu hanyalah tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia.

Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan tuhan.Perbuatan ini menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendaknya dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan tuhan mencipta kejadian alam ini.

Selain itu,teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh islam.Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting,sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat.

Ini dijelaskan oleh firman allah dalam firmanya yang bermaksud “Wahai sekalian manusia!bertakwalah kepada tuhan kamu yang menjadikan kamu(bermula)daripada diri yang satu(adam),dan yang menjadikan daripada(adam)itu pasangannya(isterinya hawa)dan juga yang membiakkan dari keduanya,zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.Dan bertakwalah kepada allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya,serta peliharalah hubungan(silaturrahim)kaum kerabat:sesungguhnya allah sentiasa memerhati(mengawas)kamu”.(surah an-nisa,ayat 1).


PENGAJARAN

Pengajaran atau nilai yang kami perolehi daripada projek mini yang berkaitan dengan pengklonan manusia, haiwan dan tumbuhan menurut pandangan Islam ialah seperti berikut: 
1. kita janganlah sesekali melaggar hukum Allah S.W.T
2. penciptaan manusia menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah S.W.T


KESIMPULAN

Di akhir penyelidikan yang telah kami lakukan, kami mendapati teknologi pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini. Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi malah bertentangan dengan agama Islam.


SUMBER RUJUKAN


 INTERNET