PENGENALAN PENGKLONAN
DEFINISI PENGKLONAN
Klon
ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis
makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu
melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga
tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga
dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik
deoksiri (DNA). Penghasilan haiwan yang sama dari
segi genetik akibat “pembahagian embrio”. Keadan ini berlaku secara semulajadi
pada tahap dua sel untuk menghasilkan kembar seiras. Penciptaan satu atau lebih
haiwan yang sama dari segi genetik dengan memindahkan nukleusnya. Proses ini
juga dikenali sebagai Pemindahan Nuklear (Nuclear Transfer) ataupun
penggantian sel nuklear sepertimana Dolly dihasilkan.
Secara ringkasnya, pengklonan boleh
dieertikan sebagai Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa
memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya
apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik, iaitu asid
deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa,
yang dikeluarkan nukleusnya.
LATAR BELAKANG
Sebenarnya,
teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli
sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an.
Adalah dipercayai bahawa spesis yang julung-julung kali dijalankan eksperimen
pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi,
tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada
orang awam. Pada tahub 1963, seorang embriologi Cina yang bernama Thong Dizhou,
telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah diterbitkan
dalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.
Pada tahun 1997, mamalia yang
pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri, bernama “Dolly” telah Berjaya
diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh, Scotland. Ia hidup selama 6
tahun dan disahkan mati kerana menghidapi penyakit peparu. Akibatnya, ini
mengakibatkan berlaki kontroversi bahawa klon-klon spesis tidak hidup lama.
Ahli sains Roslin membela bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu
yang biasa dijangkiti oleh bebiri, terutamanya bebiri yang dipelihara di dalam
bagunan. Memamg tidak dapat disangkakan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi
dengan sekuriti yang ketat. Ini menyebabkan Dolly dijangkiti penyakit tersebut
lalu mati. Pada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai spesis Berjaya
diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet.
Malah, pada tahun 2002, seorang bayi
manusia yang bernama Eve, telah dilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr
Brigitte Boisselier di Amerika Syarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan
saja menggembirakan ibu bapa bayi terbabit malah memberi harapan kepada
pasangan yang bermasalah untuk mendapat anak. Eve dikatakan diklon daripada
ibunya, seorang warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve
dilakukan selepas wanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan
suaminya mandul.
Walaupun ramai yang mempertikaikan
kesahihan dakwaan saintis aliens ini ( saintis terbabit percaya manusia
dijadikan oleh makhluk asing atau aliens), kelahiran Eve sebenarnya menandakan
bermulanya satu era baru dalam kelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang
bayi yang tidak mengikut hokum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dn
perempuan, persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya melalui mana-mana sel
badan manusia untuk menghasilkan penduaan.
OBJEKTIF KAJIAN
1.
HUKUM
PENGLONAN MENURUT ISLAM
2. FATWA TENTANG HUKUM PENGKLONAN
PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARA
3. PENGKLONAN MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
4. PENGKLONAN MANUSIA , HAIWAN DAN
TUMBUHAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
HURAIAN
1.
HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM
1.1
HUKUM PENGKLONAN MENURUT ISLAM
Panel Kajian
Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002
telah memutuskan bahawa:
1.
Pengklonan untuk tujuan pembiakan
manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian
manusia.
i.
Perbuatan ini akan menjatuhkan
darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian
manusia seperti yang diterangkan Allah SWT di dalam ayat 70, surah Al-Isra',
yang bermaksud dan ayat 12-14, surah
Mu'minun, juga ayat 4, surah At-Tin.
ii.
Pengklonan jenis ini juga akan
memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Akibatnya, akan
terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang. Hal ini bukan
sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan menimbulkan komplikasi, jika si
‘ayah' atau si ‘ibu' tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap hak tersebut.
Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah, harta pesaka dan
sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.
iii.
Kebenaran menggunakan kaedah ini
kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal
dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius
dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan
lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.
iv.
Kaedah ini juga akan memusnahkan
institusi keluarga, dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di dalam ayat 30, surah Ar-Rum.
2.
Kaedah ini juga tidak seharusnya
dibenarkan kepada pasangan suami isteri kerana dari segi saintifik, status anak
yang dilahirkan sebenarnya bukanlah ‘anak' kepada pemberi nucleus tersebut.
Sebaliknya anak klon yang dihasilkan adalah ‘kembar seirasnya' yang dilahirkan
pada waktu yang terlewat oleh orang yang berbeza. Hal ini akan menimbulkan
implikasi terhadap status anak dari sudut syarak, seperti perwalian, nafkah,
harta pusaka, penentuan aurat dan sebagainya.
3.
Perbuatan mengklon janin manusia
untuk tujuan kajian : Kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat bahawa janin
tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para Fuqaha'
yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.
4.
Pengklonan manusia untuk diambil
sum-sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan hukumnya
haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya.
.
5.
Pengklonan untuk tujuan perubatan
seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak hukumnya
adalah harus.
Muzakarah yang diadakan pada 11 Mac 2002 telah mengambil perhatian
tentang pandangan Panel Kajian Syariah
seperti yang tersebut di atas, dan telah membuat keputusan seperti berikut:
1.
Pengklonan manusia untuk apa-apa
tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian
manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.
2.
Penggunaan ‘stem cell' bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan
dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan
hukum syara’.
1.1
FATWA TENTANG HUKUM
PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARA
2.1.1 SUDUT AQIDAH
1.
Pengklonan akan
menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan
manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini
dijelaskan oleh Allah melalui firmannya;
“Dan Dialah yang menciptakan
manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian
keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua
yang dikendaki-Nya)”.
2.
Perbuatan pengklonan
lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada pertaturan
yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya
melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada
peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
'’Sesunguhnya
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
3.
Perbuatan pengklonan
akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk
mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .Kepercayaan
seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah
S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah
nasib yang akan menimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari
kematiannya.
2.1.2 SUDUT SYARIAT
1.
Manusia tidak harus
dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhan-tumbuhan,
binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta
mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia
bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya.
Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru,
pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan k eats binatang akan menjadikan
manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan
sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan
sebaik-baiknya.
2.
Pengklonan manusia akan
mengganggu sistem keturunan dan kesucian sistem kekeluargaan. Anak yang dilahirkan
daripada kasih sayang ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat
pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan boleh
meruntuhkan sistem kekeluargaan.
3.
Pengklonan juga
membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak
memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa
perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga
yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama
ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada
fitrah manusia dan alam.
4.
Bagi wanita yang tidak
berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan
anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan
menindas hak seseorang anak untuk memdapatkan kasih saying seorang ayah. Dan
yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak
lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya
untuk memenuhi nafsu manusia.
5.
Anak yang diklon
bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang
sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut.
6.
Dari segi perwalian nikah. Keadaan ini akan
menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya
menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimanapula hubungannya
dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah
batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya.
7.
Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi
masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.
8.
Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak
ada hubungan darah dan kerabata yang sebenarnya tidak berhak mendapat pusaka
atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang
boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka.
1.1
PENGKLONAN MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Secara dasarnya, Islam menggalakkan kajian di dalam bidang
sains dan teknologi serta menyambut baik perkembangan ilmu pengetahuan dan
penelitian ilmiah, bahkan menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam mengetahui
dan mendalaminya. Sejak zaman Rasulullah S.A.W. Islam menyuruh umatnya meneroka
alam bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada umat manusia. Walau
bagaimanapun, jika kajian yang dilakukan dan produk yang dihasilkan boleh
mendatangkan kemudharatan kepada manusia dan alam, ia dilarang dan diharamkan
oleh Islam.
3.1.1 KLON YANG DIHALALKAN
Tidak semua klon diharamkan, namun
begitu klon yang dibolehkan mestilah mempunyai syarat-syarat berikut;
1.
Klon janin manusia untuk tujuan kajian, kaedah ini adalah diharuskan
dengan syarat janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan
pandangan para fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna
120 hari. Pengguguran ini diharuskan kerana sebelum 120 hari, janin tersebut
masih belum ditiupkan roh.
2.
Klon untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel
tertentu bagi menggantikan organ yang rosak, klon jenis ini juga diharuskan
dalam Islam.
3.
Pengklonan dibenarkan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan klon yang
dilakukan terhadap haiwan juga diharuskan berdasarkan syarat-syarat berikut:
i.
Penciptaan tersebut sangat penting
kepada kehidupan manusia, bukan hanya kepada sesetengah individu.
ii.
Tidak menimbulkan kerosakan atau
bahaya yang lebih besar daripada manfaat yang diperolehi.
iii.
Tidak mendatangkan kesakitan atau
membahayakan binatang itu sendiri, sekalipun untuk jangka masa panjang.
Tindakan menyakiti makhluk di kalangan haiwan, hukumnya adalah haram di sisi
agama Islam.
4. PENGKLONAN
MANUSIA , HAIWAN DAN TUMBUHAN
1.1.1 PENGKLONAN MANUSIA
Pada 26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh
berita kelahiran bayi berjenis kelamin perempuan hasil pengklonan manusia yang
pertama di dunia. Berita tersebut dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang
bergerak dibidang pengklonan makluk hidup yang beribu pejabat di Bahamas. Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah Caesar di lokasi yang
dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan sihat," demikian kenyataan
akhbar yang disampaikan oleh Brigitte Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu
seperti dipetik Newscientist. Adapun bayi tersebut merupakan hasil kloningan
dari seorang wanita berusia 31 tahun asal Amerika Syarikat yang mempunyai
pasangan yang mandul.
Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal
Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal
4. PENGKLONAN
MANUSIA , HAIWAN DAN TUMBUHAN
1.1.1 PENGKLONAN MANUSIA
Pada
26 Disember 2002 dunia digemparkan oleh berita kelahiran bayi berjenis kelamin
perempuan hasil pengklonan manusia yang pertama di dunia. Berita tersebut
dihembuskan oleh Clonaid, syarikat yang bergerak dibidang pengklonan makluk
hidup yang beribu pejabat di Bahamas. Bayi tersebut dilahirkan melalui bedah
Caesar di lokasi yang dirahsiakan. "Bayi tersebut dalam keadaan
sihat," demikian kenyataan akhbar yang disampaikan oleh Brigitte
Boisselier, Presiden Clonaid waktu itu seperti dipetik Newscientist. Adapun
bayi tersebut merupakan hasil kloningan dari seorang wanita berusia 31 tahun
asal Amerika Syarikat yang mempunyai pasangan yang mandul.
Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal.
Proses pengkloningan manusia merupakan proses yang rumit kerana DNA manusia amat kompleks. Sulit memetakan DNA manusiaa, memilih gen yang baik dan membuang gen yang buruk. Banyak sekali kegagalan dalam proses pengkloningan manusia. Hasilnya pun mengerikan. Banyak yang tidak tahu bahawa risiko terbesar dari makhluk hasil pengkloningan adalah kelahiran yang cacat dan tidak sempurna. Selama ini kita tidak pernah mengetahui betapa teruk daripada bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal. Inilah bayi-bayi hasil pengklonan manusia yang gagal.
1.1.1 PENGKLONAN HAIWAN
Pengklonan Mitosis
Pengklonan
adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Setakat
ini, haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi gelaran
"dolly".
1.
Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah
diambil daripada telinga haiwan tersebut. Anda pasti pernah
terlihat lembu yang ditindik telinganya. Hal ini adalah untuk mengambil sel
somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.
Beginilah cara bagaimana haiwan itu diklonkan.
Dan
sesungguhnya, hal ini telah disebutkan dalam al-Quran, dan dibuktikan dengan
kemajuan sains. Maha Suci Allah, Dia telah menunjukkan KebesaranNya kepada
kita, namun mampukah kita lari daripada kebenaran setelah datang kepada kita
kebenaran, malahan dengan bukti yang kukuh lagi.
1.1.1
PENGKLONAN TUMBUHAN
1.
Pengklonan
tumbuhan dilakukan menggunakan kaedah
kultur tisu. Kultur
tisu merupakan teknik atau proses untuk memastikan tisu hidup di dalam nutrien
buatan.Tisu tersebut diambil daripada bahagian-bahagian tumbuhan tertentu dan
kemudiannya dikulturkan sehingga menjadi satu tumbuhan lengkap. ia juga disebut
sebagai micropropagation.
Kultur
tisu merupakan satu cara menghasilkan anak pokok yang lengkap bermula dengan
sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplant, seperti daun, batang atau sel
yang dikulturkan dalam media secara steril ataupun aseptic untuk tumbesaran.
Ia juga dikenali sebagai satu teknik memelihara sel
atau cebisan tisu haiwan dan tumbuhan secara in vitro. In vitro merujuk
sesuatu yang dijalankan di luar badan organisma, umumnya di balang kaca ataupun
tabung uji. Hasil daipada kaedah ini adalah serba serupa dengan induknya dan ia
mewarisi sifat-sifat pokok induknya dan mengekalkan ciri-ciri asalnya. Jikalau
didapati anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada induknya, ini mungkin
terjadi pada bahagian-bahagian tertentu seperti bunga dan daunnya. Misalnya
induk yang berdaun lurus menghasilkan anak pokok yang daunnya sedikit
melengkung dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ini adalah jarang berlaku.
Pengklonan bagi haiwan
lebih mendatang keburukan berbanding kebaikan, namun pengklonan tumbuhan lebih
mendatangkan manfaat kepada manusia
Banyak kelebihan tanaman
melalui kaedah tisu kultur antaranya;
i.
Penghasilan
bahan tanaman bermutu tinggi, sihat, bebas penyakit dan seragam dalam jumlah
yang besar.
ii.
Spesies
tanaman herba yang dibiakkan secara in-vitro didapati kurang variasi di dalam
kandungan secondary metabolites berbanding pembiakan biasa.
iii.
Sesuai
untuk spesies tanaman yang sukar dibiakkan dan spesies yang hampir pupus.
iv.
Bahan
tanaman yang bebas patogen serta disimpan di dalam keadaan in-vitro membolehkan
pertukaran sumber genetik organisme yang selamat di antara negara.
1.1
ADAKAH PENGKLONAN MENENTANG
TUHAN ?
Dari pandangan agama islam,islam memandang berat
kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab.Firman allah
bermaksud ”Dan dialah tuhan yang menciptakan manusia daripada
air,lalu dijadikannya(mempunyai)titisan baka dan pertalian keluarga
(persemendaan) dan sememangnya tuhanmu berkuasa(menciptakan apa juga yang
dikehendakinya)”.(surah fussilat,ayat 54).Dalam ayat tersebut,jelaslah
diberitahu hanyalah tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan
manusia mencipta manusia.
Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh
mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan
tuhan.Perbuatan ini menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan
mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendaknya
dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka
beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan
tuhan mencipta kejadian alam ini.
Selain itu,teknologi pengklonan manusia dilihat mampu
meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh islam.Hal ini kerana dengan
teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak
lagi penting,sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini
tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat.
Ini
dijelaskan oleh firman allah dalam firmanya yang bermaksud “Wahai
sekalian manusia!bertakwalah kepada tuhan kamu yang menjadikan
kamu(bermula)daripada diri yang satu(adam),dan yang menjadikan
daripada(adam)itu pasangannya(isterinya hawa)dan juga yang membiakkan dari
keduanya,zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.Dan bertakwalah
kepada allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya,serta
peliharalah hubungan(silaturrahim)kaum kerabat:sesungguhnya allah sentiasa
memerhati(mengawas)kamu”.(surah an-nisa,ayat 1).
PENGAJARAN
Pengajaran
atau nilai yang kami perolehi daripada projek mini yang berkaitan dengan
pengklonan manusia, haiwan dan tumbuhan menurut pandangan Islam ialah seperti
berikut:
1. kita janganlah sesekali melaggar hukum Allah S.W.T
2. penciptaan manusia menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah S.W.T
KESIMPULAN
Di
akhir penyelidikan yang telah kami lakukan, kami mendapati teknologi pengklonan
perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini. Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga
alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang
betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan
individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang
hukum alam semula jadi malah bertentangan dengan agama Islam.
SUMBER RUJUKAN
s252g0pqpyz450 cheap sex toys,G-Spot Vibrators,realistic vibrators,black dildos,sex toys,Butterfly Vibrator,sex toys,Bullets And Eggs,dog dildos x876h4rntjn569
ReplyDelete